Diadakan dua kali setahun, Milan Fashion Week yang berlangsung selama tujuh hari mulai 18 hingga 24 Februari 2020 merupakan salah satu acara fesyen terkemuka di dunia.
Lebih daripada 150 acara fesyen dipersembahkan bagi menampilkan koleksi busana dan aksesori terbaru musim bunga dan musim sejuk keluaran daripada jenama-jenama mewah seperti Gucci, Prada, Fendi, Moschino dan sebagainya.
Acara pertunjukkan fesyen tahunan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat pakaian berjenama terkenal dunia termasuklah dikalangan para selebriti, model dan ‘social media influencer’.
Dihadiri ratusan penggiat seni di seluruh dunia termasuk selebriti daripada Hollywood, Korea Selatan, Jepun serta Malaysia antaranya Neelofa, Lisa Blackpink, Han Ye-seul, Lucy Hale, Marco Fantini, Will Smith dan ramai lagi.
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply