Pelakon Nad Zainal, 30 tahun, selamat bersalin anak keduanya sekitar jam 2.50 petang kelmarin di sebuah hospital swasta di ibu kota.
Menerusi platform Instagram peribadinya hari ini, pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin bersyukur kerana proses kelahiran dipermudahkan dan berjalan lancar.
Bagaimanapun, dia belum bersedia untuk berkongsi jantina serta masih memikirkan nama untuk bayinya yang mempunyai berat 2.9 kilogram itu.
“Alhamdulillah, segalanya lancar dan dipermudahkan. Insyallah, jantina anak akan dimaklumkan pada hari ketujuh kelahiran.
“Nama pun belum fikir lagi. Apapun, terima kasih atas doa dan ucapan daripada semua,” katanya.
Ruangan komen dipenuhi ribuan ucapan kesyukuran dan tanhiah daripada pengikut Nad dan rakan artis.



Terdahulu, Nad turut berkongsi video pemandangan dalam suite bersalin yang dipilihnya untuk menyambut kedatangan orang baru dalam hudup mereka sekeluarga.

Wah.. memang cantik dan selesa.
Untuk rekod, Nad telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.
Tahniah buat Nad dan suami. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat berpantang ????
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply