Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKerosakan Gua Matsoorat, Perak tuntut ganti rugi

Kerosakan Gua Matsoorat, Perak tuntut ganti rugi

Kerajaan Perak akan menuntut ganti rugi daripada syarikat produksi drama yang menjalankan penggambaran di Gua Matsoorat sehingga berlaku kerosakan pada fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding di gua berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, berkata pihaknya ketika ini sedang berbincang dan meneliti dengan pihak bertanggungjawab untuk menentukan kos kerugian.

Beberapa perjumpaan dan perbincangan juga diadakan dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang juga operator Gua Matsoorat, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersama syarikat produksi drama itu sebelum ini.

“Kita dapati memang terbukti kru produksi itu yang melakukan kerosakan berkenaan, jadi kerajaan negeri atau MBI ingin menuntut ganti rugi untuk memulihara semula kerosakan itu dan sebagainya.

“Perkara ini masih dalam perbincangan sama ada untuk mengenakan penalti ataupun mereka harus membayar kos untuk kita memulihara semula tempat yang sudah dirosakkan.

“Susulan itu, kita ada memanggil pakar untuk melihat dan menilai kerosakan yang berlaku serta mengesyorkan langkah untuk memuliharanya semula,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Kesefahaman (MoU) antara MBI dan tiga agensi iaitu Uni-Technologies Sdn Bhd, Urban Scale Studio Sdn Bhd dan Pavilion Agro Farm di Ipoh Perak siang tadi.

Terdahulu penerbit dan pengarah kontroversi, Michael Ang mengaku kerosakan fosil dan dinding di Gua Matsoorat, berpunca daripada perbuatan seorang daripada kru syarikat produksinya ketika menjalani penggambaran drama Angkara Cinta di bandar raya itu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments