Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMulianya hatimu wahai Siti Sarah..

Mulianya hatimu wahai Siti Sarah..

“Rupanya Allah takdirkan, nyawanya di ambil dalam keadaan dirinya memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka”.

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengulas berita duka pemergian penyanyi berbakat tanahair, Siti Sarah Raissuddin awal pagi ini.

Beliau yang mengakui terkejut dan tersentap dengan perkhabaran ini mengakui Allahyarhamah ada menghubunginya untuk turut serta dalam program korban di Gaza pada musim haji lalu.

Tambahnya beliau terkejut apabila mengetahui niat dan hasrat Allahyarhamah Siti Sarah untuk korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit.

Tambah Muhammad Nadir Al-Nuri, tindakan itu seolah-olah Allahyarhamah sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

Jelasnya lagi, susulan itu, Allahyarhamah kerap berhubung dengannya bertanyakan keadaan saudara-saudara Islam di Palestin.

Yang pasti petikan perbualan antara Muhammad Nadir dan Allahyarhamah jelas membuktikan keperibadian mulia hamba Allah bernama Siti Sarah Raissuddin.

Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Terdahulu, penyanyi lagu Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

“Allahummaghfirlahu, warhamhu wa’afihi wa’fuanhu”

Ya Allah, ampunilah dia, sayangilah dia dan maafkan kesalahan-kesalahannya. Aamiin

Al Fatihah…Salam takziah buat Shuib, anak-anak dan keluarga Allahyarhamah.

Semoga tabah menerima ketentuan Ilahi. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments