Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA60,000 jemaah pada setiap bulan dijangka mengunjungi Arab Saudi

60,000 jemaah pada setiap bulan dijangka mengunjungi Arab Saudi

Mekah dan Madinah mengalu-alukan kehadiran pengunjung dari luar dengan memastikan langkah pencegahan Covid-19 sentiasa dipatuhi.

Sebanyak dua juta pengunjung dengan 60,000 jemaah pada setiap bulan dijangka mengunjungi Arab Saudi.

Lapor Saudi Gazette, Kementerian Haji dan Umrah mengingatkan jemaah luar membawa sijil vaksinasi Covid-19 yang diiktiraf serta permohonan menunaikan umrah.

Arab Saudi optimis melabur berbilion dolar bagi memulihkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk dengan membenarkan semula pelaksanaan ibadah umrah di tanah suci.

Sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia, kerajaan Arab Saudi mencatatkan keuntungan sebanyak AS$12 bilion (RM60 bilion) setahun menerusi penerimaan kemasukan jemaah haji dan umrah dari pelbagai negara.

Serangan virus maut itu menyebabkan ibadah haji dan umrah tergendala seketika yang merupakan punca ekonomi utama bagi Arab Saudi.

Usaha itu merupakan sebahagian daripada langkah mempelbagaikan sumber ekonomi dan mengelakkan kebergantungan terhadap sumber minyak. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments