Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMuktamar Tahunan PAS, pemilihan akan diadakan secara hibrid November ini

Muktamar Tahunan PAS, pemilihan akan diadakan secara hibrid November ini

Muktamar Tahunan PAS Ke-67 akan diadakan secara hibrid pada November ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu julung kalinya akan mengadakan muktamar tahunan secara normal baharu memandangkan Covid-19 masih melanda negara.

“Sebagai contoh katakanlah muktamar kita tahun ini akan diadakan di Terengganu. Ianya hanya akan dihadiri pada kadar jumlah yang dibenarkan sahaja akan hadir untuk bermuktamar di situ,” katanya.

Tambahnya, Pas akan mengikuti muktamar berkenaan secara maya, begitu juga sewaktu pemilihan.

“Insya-Allah, kita yakin kita boleh adakan dengan sistem yang ada ini (normal baru) walaupun tahun ini muktamar pemilihan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan komputer riba kepada empat pelajar cemerlang Maahad Muhammadi Perempuan di Pusat Ahli Parlimen Kota Bharu, di sini.

Datuk Seri Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, berkata pada awalnya PAS memohon untuk menangguhkan muktamar tahun ini.

Namun Pas diberi kebenaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sehingga 31 Disember sahaja.

“Maknanya pemilihan mesyuarat agung atau muktamar perlu diadakan sebelum 31 Disember sahaja,” ujarnya sambil menjelaskan PAS akur dengan arahan berkenaan.

Jelasnya, semua jawatan boleh dipertandingkan.

“Bagaimanapun ianya terpulang pada individu sama ada ingin bertanding atau sebaliknya,” ujarnya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments