Friday, July 19, 2024
HomeBERITAMuhammed Yusoff Rawther belum selesai beri keterangan di Ibu Pejabat Bukit Aman

Muhammed Yusoff Rawther belum selesai beri keterangan di Ibu Pejabat Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Selepas empat jam berlalu, Muhammed Yusoff Rawther belum selesai memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadapnya oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang ditemani peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, tiba di Ibu Pejabat Bukit Aman kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.

Kelmarin, Muhammed Yusoff yang membuat akuan bersumpah berhubung dakwaan perlakuan tidak senonoh Presiden PKR itu, membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini.

Laporan itu bagi mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Anwar berhubung akuan bersumpah yang dibuatnya itu.

Khamis lalu, Anwar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Muhammed Yusoff yang kononnya diperlakukan secara tidak senonoh oleh beliau pada 2 Oktober tahun lalu dan menyifatkannya sebagai fitnah tidak berasas.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments