Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITAMomen melihat motosikal YSuku ditenggelami air akibat banjir, mencuit hati netizen

Momen melihat motosikal YSuku ditenggelami air akibat banjir, mencuit hati netizen

“Nak kesian pun ada nak gelak pun ada” ,komen salah seorang warga Twitter yang melihat paparan video dimuat naik oleh saudara @syazwimazlan.

Satu rakaman video menunjukkan keadaan sebuah motosikal jenama kegilaan ramai, Yamaha 15ZR atau YSuku yang tenggelam akibat banjir.

Sebelum kejadian itu berlaku kawan kepada Syazwi Mazlan sempat mendoakan agar motornya berada dalam keadaan selamat ketika hujan turun tanpa henti.

Namun, selepas 25 minit kemudian mereka melihat keadaan di luar melalui tingkap bilik, motosikal mereka sudah ditengelami air dan  topi keledar kawannya turut terapung dibawa arus air.

Katanya sebelum ini jika hujan turun kawasan berkenaan tidak pernah mengalami banjir.

Menurut pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) Perak, kemungkinan kejadian banjir berlaku akibat kerja-kerja pembinaan yang dilakukan di kawasan berdekatan.

Warganet turut bersimpati di atas nasib motor pelajar berkenaan tetapi dalam masa yang sama ia turut mencuit hati.

Masing-masing membanjiri ruang komen yang berbaur gurauan terhadap perkongsian video itu.

“Bapak sayu woi motor jadi kapal selam” – @SirMatSabil

“Nice motorsikal terus jadi jetski” – @deltabetas

“Helmet kura-kura tu memang habitat dia air, jangan risau dia boley hidup” – @AmirulFaizz_

“Hujan membawa rezeki, Mana tahu pengurus pembinaan bayar ganti rugi dapat waisuku ????” – @bukanbeshe²

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments