Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITAGelagat anak pelakon Adam Corrie, Adam Fateh mencuit hati netizen

Gelagat anak pelakon Adam Corrie, Adam Fateh mencuit hati netizen

Pelakon dan guru tari terkenal, Adam Corrie Lee telah memuatnaik video telatah anak sulungnya, Adam Fateh Lee di laman Instagram miliknya.

“Anak abah ini.. ????

#Repost @adamfatehlee

・・・

Semalam Fateh pergi ikut mak & abah pergi @usrahfitrah . Fateh nak suruh abah @adamcorrielee  bagi hadiah kat ustaz @zulramli_mrazali tudung saji. Fateh jumpa kat dapur.

.”

“#adamfatehlee

#anakCinaMelayu

#1tahun3bulan”

Demikian status yang dimuatnaik Adam Corrie bersama video yang memaparkan Adam Fateh Lee mengheret sebuah tudung saji menuju ke arah ahli usrah.

Seorang ustaz yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran Adam Fateh bersama ‘buah tangannya’ itu terkejut apabila melihat Adam Fateh berlari ke arah ayahnya yang duduk di sebelah ustaz berkenaan

Gelagat nakal Adam Fateh mencuit hati dan menghiburkan para jemaah.

Tidak kurang juga di ruangan komen, para peminat Adam Corrie memuji kecomelan anak lelakinya itu.

 

 

 

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments