Wednesday, May 29, 2024
HomeBERITAMohon maaf, bantuan bulan November lewat - KP Kebajikan Masyarakat Malaysia

Mohon maaf, bantuan bulan November lewat – KP Kebajikan Masyarakat Malaysia

Kuala Lumpur: Seramai 484,828 penerima bantuan kebajikan Persekutuan akan mengalami kelewatan bayaran bantuan oleh JKM bagi bulan November 2019.

Menurut Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia, Zulkifli Ismail kelewatan ini disebabkan masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Katanya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam usaha memastikan bayaran bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bantuan sebelum atau selewatnya pada 10 November 2019.

Justeru, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments