Thursday, May 30, 2024
HomeBERITADijangka 17,124 pengurangan guru dalam masa lima tahun

Dijangka 17,124 pengurangan guru dalam masa lima tahun

Presiden Gabungan Intelektual Pendidik Guru SeMalaysia (GENIUS), Dr Mohd Aziz Mohd Din memberitahu negara dijangka mengalami masalah kekurangan guru mencecah lebih 17,000 orang bermula 2019 hingga 2023.

Menurut laporan Berita Harian, ini berikutan langkah penjimatan kerajaan dengan mengurangkan pengambilan guru pelatih ke Institut Pendidikan Guru (IPG) sehingga membawa kepada cadangan penutupan beberapa IPG pada 2016.

Dr Mohd Aziz Mohd Din, berkata unjuran pengambilan guru di IPG berjumlah 6,000 orang setiap tahun tidak dipatuhi sejak beberapa tahun lalu.

“Kekurangan guru ini bukan disebabkan salah pengiraan oleh pihak EPRD (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pendidikan) atau ketidakmampuan IPG melaksanakan latihan tetapi hasil langkah penjimatan kerajaan pada waktu itu.

Keluaran guru IPG pada 2019 daripada ambilan 2014 yang sepatutnya 6,000 orang dikurangkan kepada 1,676 orang. Begitu juga pada pengambilan 2015 sebanyan 3,200 orang, 2016 pula 1,600 orang, 2017 sebanyak 3,200 dan 2018 seramai 3,200 orang.

“Bermula 2019, pengambilan guru pelatih kembali sebagaimana unjuran 6,000 orang. Ini menjadikan kekurangan guru dalam tempoh lima tahun (2019 hingga 2023) dianggarkan 17,124 orang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Mohd Aziz Mohd Din mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, semalam bahawa kementerian itu pada masa ini berdepan kemelut kekurangan warga pendidik bagi memenuhi permintaan guru sekolah di seluruh negara.

Katanya, berkata ia berpunca daripada ketidakpadanan antara kekosongan sedia ada di sekolah dan keluaran dari IPG setiap tahun dan jika tidak ditangani secara tuntas, berupaya merencatkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah, sekali gus mengundang risiko pelajar tercicir daripada aliran pendidikan nasional.

Beliau menambah, bilangan berkenaan tidak termasuk lagi pertambahan guru yang diperlukan disebabkan pertambahan murid, bilik darjah dan sekolah.

“Keadaan ini membuktikan bahawa masalah kewangan kementerian atau negara tidak sepatutnya dijadikan alasan bagi mengurangkan peruntukan berkaitan latihan guru dan pendidikan secara umumnya kerana ia akan mendatangkan kesan negatif yang berganda ke atas pembinaan murid di bilik darjah.

“Kesan daripada penjimatan itu juga, kementerian hari ini terpaksa pula mengeluarkan belanja RM48 juta untuk mengambil guru interim bagi mengatasi masalah kekurangan guru pada 2020 dan peruntukan ini dijangka bertambah bagi tahun yang berikutnya,” katanya.

Berhubung cadangan penutupan IPG, Dr Mohd Azis berkata, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sudah beberapa kali menegaskan bahawa IPG tidak akan ditutup sebagaimana keputusan dahulu.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments