Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAMOH KENEI PERAK : Litar Pulau Dato’ Sagor sebagai hub sukan permotoran

MOH KENEI PERAK : Litar Pulau Dato’ Sagor sebagai hub sukan permotoran

Litar lumba kereta, Pulau Dato’ Sagor adalah sebuah pulau yang dibina di Kampung Telok, Kampung Gajah di negeri Perak Darul Ridzuan.

 

Litar ini sebenarnya adalah sebuah pulau di tengah-tengah Sungai Perak.

Litar yang berkeluasan 13 hektar terletak 1.5 kilometer dari pekan Kampung Gajah, 30 kilometer dari bandar Teluk Intan dan 75 kilometer dari bandaraya Ipoh.

Sejarah awal pulau ini bermula apabila dikatakan pulau ini telah timbul sendiri akibat fenomena semulajadi alam akibat daripada aliran air sungai yang membawa pasir-pasir sehingga terbentuknya sebuah pulau kecil.

Mantan Menteri Besar,  Dato’ Seri Ramli Ngah Talib mendapat ilham membangunkan pulau ini dengan menambak dan membesarkan pulau berkenaan seterusnya menukarkan nama  pulau ini kepada Pulau Litar Dato’ Sagor untuk memajukan sukan permotoran khususnya di negeri Perak, amnya di Malaysia di samping menangani gejala-gejala negatif seperti lumba haram.

Begitulah sejarah pembukaan litar lumba kereta yang cukup dikenali di kalangan penggiat sukan permotoran.

Semasa kehadiran krew Moh Kenei Perak disini, secara kebetulannya, program Dato’ Sagor Super Series Championship 2020 sedang rancak berlangsung.

Sambil membuat liputan, kami berpeluang menonton aksi berani anak muda berlumba kereta.

Menurut Pengarah Dato Sagor Super Series Championship 2020, Yano Al-Mahadzir, Litar Pulau Dato’ Sagor adalah salah satu usaha murni kerajaan negeri dalam menyediakan litar bertaraf antarabangsa kepada pelumba ‘grass root’ yang tidak mampu untuk menunjuk bakat di litar Sepang.

Dengan kos yuran paling minima serendah RM150, acara tahunan ini berjaya menarik minat peserta dari seluruh negara untuk turut serta mengambil bahagian dalam pertandingan lumba kereta ini.

Ditambah pula dengan lokasi strategik yang dibina di tengah-tengah negeri Perak, memudahkan lagi untuk para peserta mewakili team mahupun kelab untuk datang kesini.

Menariknya, kategori untuk wanita atau ‘ladies’ pun ada ya!

Kepada para wanita yang minat sukan permotoran ini, moh cabar diri anda dan join pertandingan yang diadakan setiap tahun ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments