Saturday, June 22, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 649 kes baharu direkodkan hari ini

COVID-19 : 649 kes baharu direkodkan hari ini

Sebanyak 649 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan 642 kes tempatan dan tujuh kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 30,090 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 685 orang dan ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 19,757 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 10,087 orang manakala 106 pesakit berada di ICU dan 23 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan bahawa TIADA kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian kekal dengan 246 kes.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa kekal penjagaan kebersihan diri seperti mencuci tangan atau bersedia dengan ‘hand sanitiser’ jika perlu keluar.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments