Minuman tenaga tinggi kafein dan gula

0

Anda suka dan kerap minum energy drink atau minuman bertenaga? Ketahui bahaya minuman tenaga untuk kesihatan.

Minuman tenaga ialah sejenis minuman sering di pasarkan sebagai produk yang memberi tenaga berpanjangan.

Kebiasaanya minuman ini diambil untuk menambah prestasi bagi ahli sukan serta menghilangkan rasa mengantuk untuk pemanduan jangka masa yang panjang.

Namun pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan risiko terhadap kesihatan kerana ia mengandungi kandungan kafein dan gula yang tinggi.

Pengambilan kafien berlebihan akan mengakibatkan jantung berdegup dengan kencang, tekanan darah tinggi, merasa loya, muntah, sawan dan boleh menyebabkan kematian.

Selain itu seperti minuman ringan lain, minuman tenaga juga cenderung membawa kepada penyakit kencing manis kerana pengambilan minuman tinggi gula menyebabkan insulin tidak lagi sensitif.

Selain berpotensi meningkatkan risiko dalam penggunaan alkohol, rokok dan dadah, ianya turut cenderung mendapat masalah saraf serta jantung terutamanya bagi golongan kanak-kanak dan remaja.

Bagi wanita hamil juga tidak digalakkan mengambil minuman tenaga kerana boleh mendatangkan komplikasi kehamilan seperti keguguran, bayi kurang berat atau zat serta kematian bayi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply