Jangan terpedaya dengan sindiket penipuan ‘Macau Scam’

0

Memetik perkongsian dari laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, pada tahun 2017 sahaja sejumlah RM113.11 juta telah ditipu oleh sindiket Macau Scam.

Pastinya ada yang tertanya-tanya apa itu Macau Scam kan?

Macau Scam adalah sindiket penipuan dengan modus operandi seseorang akan menyamar sebagai seseorang dari pihak berkuasa dan menyatakan bahawa si mangsa terlibat dalam kes jenayah dan perlu memindahkan duit bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil untuk kes yang tidak dilakukan oleh si mangsa.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila si mangsa menerima panggilan daripada scammer, ia seakan-akan panggilan itu daripada agensi terbabit kerana mereka menggunakan ‘VOIP’ iaitu Voice Over Internet Protocol yang membolehkan mereka meniru nombor panggilan agensi-agensi berkenaan.

Bagi mengesan sindiket scammer ini, kebiasaannya mereka akan menyamar sebagai pegawai polis, pegawai bank, pegawai mahkamah atau pegawai pencegahan penggubahan wang haram, kemudiannya mereka akan menuduh si mangsa untuk jenayah yang si mangsa tidak lakukan contohnya penggubahan wang haram atau kes langgar lari.

Setelah itu mereka akan meminta si mangsa untuk memindahkan wang ke akaun lain untuk mengelakkan aset si mangsa dibekukan dan ianya jelas adalah tanda-tanda itu adalah kes Macau Scam.

JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN JENAYAH "MACAU SCAM"Polis Daerah Petaling Jaya sentiasa mengambil berat tentang…

Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Thursday, 18 June 2020

Oleh itu pihak polis sentiasa mengambil berat tentang perkembangan jenayah scam yang berlaku dan bagi mengekang jenayah ini dari terus berlaku, pihak polis sentiasa mengambil langkah proaktif dengan menasihatkan orang ramai melalui ceramah dan perkongsian video.

Turut diingatkan, sekiranya anda menerima panggilan-panggilan sebegini, anda dinasihatkan supaya segera menghentikan talian dan terus ke balai polis yang berhampiran untuk tindakan lanjut.

Anda juga boleh menghubungi agensi-agensi di disebut oleh scammer secara terus (direct contact) untuk mendapatkan sebarang pengesahan tanpa melibatkan orang ketiga/scammer.

Dinasihatkan orang awam tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi atau maklumat perbankan.

#commercialcrime
#staysafe
#PJCops
#KeepPJSafe

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply