Minum cecair peluntur dapat rawat dan cegah COVID-19? Mitos atau fakta?

0

Sebelum ini tular mitos yang menyatakan meminum cecair peluntur dapat mencegah atau merawat COVID-19.

Tindakan menyembur nyah cemar pada badan atau meminum cecair peluntur adalah tidak digalakkan!

Semburan alkohol atau klorin terhadap badan tidak akan membunuh virus yang sudah memasuki ke dalam badan, sebaliknya ia akan menyebabkan keracunan.

Tindakan sebegini boleh membahayakan anggota badan serta menyebabkan kerengsaan pada tekak, pendarahan dalam perut atau menyebabkan kematian.

Cecair peluntur hanya boleh digunakan pada permukaan sahaja seperti meja atau lantai.

Rakyat Malaysia disarankan jangan mudah percaya dengan mitos atau amalan yang memudaratkan seperti ini.

Terdapat kes keracunan melibatkan cecair mengandungi HIDROGEN HYPOCHLORITE yang sengaja diminum akibat kepercayaan…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Rabu, 15 April 2020

Mana mana pihak yang berhasrat untuk menghasilkan terowong disinfeksi dan operasi penyemburan individu disarankan agar…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Selasa, 14 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply