Program hiburan Gegar Vaganza (GV) musim ke tujuh bakal menutup tirainya pada Ahad ini dengan penampilan tujuh peserta berjaya mara ke peringkat akhir.
Pertandingan kali ini berbeza mengikut norma baharu tanpa kehadiran penonton dan hanya dapat disaksikan menerusi televisyen dan atas alam maya.
Pada peringkat separuh akhir malam Ahad lalu menyaksikan kesemua peserta melayakkan diri ke peringkat akhir tanpa sebarang penyingkiran.
Sudah tentu rancangan realiti sebegini menerima perhatian dan mengundang komentar penonton.
Terkini, viral pengarah dan pelakon Michael Ang menerima kecaman apabila memberi komen terhadap persembahan salah sorang finalis GV iaitu Noraniza Idris.

Komentar terbabit turut menarik perhatian Noraniza Idris dan dikatakan penyanyi lagu irama Malaysia ini telah membuat kenyataan ingin bertemu empat mata dengan Michael Ang sendiri.
Tidak mahu berdiam diri, Michael Ang tampil memberi penjelasan.
Menurutnya, adalah biasa dalam mana-mana pertandingan atau hasil seni akan menerima maklumbalas samada positif mahupun negatif.
Sebagai seorang anak seni yang telah ‘senior’, seharusnya menerima teguran dengan hati terbuka.
Menurut Michael Ang atau mesra disapa Mike, dia sendiri pernah menerima kecaman dan teguran dalam penghasilan karya seninya.
Namun, semuanya ‘ditelan’ dan menjadi azimat serta panduan untuk terus menghasilkan karya seni lebih baik pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Mike turut menitipkan pesanan agar lebih rasional ketika menegur terutamanya apabila melibatkan sensitiviti agama.
https://www.instagram.com/tv/CIhm2eVJYsh/?igshid=6mx4w54u7f89
https://www.instagram.com/p/CIgW9wdH0gT/?igshid=1qkalje826xb5

Leave a Reply