COVID-19 : 1,012 kes baharu, empat kematian hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 1,012 kes baharu membabitkan 1,005 kes tempatan dan tujuh kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan positif di Malaysia adalah sebanyak 75,306 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,750 orang dan menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 64,056 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 10,862 orang manakala 126 pesakit berada di ICU dan 62 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan empat kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 388 kes.

Orang dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157556101441237/

Leave a Reply