Mesyuarat Majlis Khas Tertinggi (MKT) UMNO hari ini memutuskan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Negeri Perak melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, PAS dan PPBM perlu diteruskan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan media berkata dalam mesyuarat khas berkenaan, MKT turut memutuskan tarikh Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, sayap-sayap pergerakan perlu diadakan pada 1 hingga 3 Januari 2021.
“Ianya akan diadakan secara serentak di 191 bahagian dan akan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian, manakala bagi kawasan PKPB dan PKPD mesyuarat perlu dilakukan secara maya.

“Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan pada 30 Januari dan Perhimpunan Agung UMNO pula akan berlangsung pada 31 Januari 2021 secara maya dengan kehadiran terhad di PWTC,” ujar beliau.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply