Thursday, May 30, 2024
HomeBERITABERSATU mahu perkukuh kerjasama bersama PAS dalam PN

BERSATU mahu perkukuh kerjasama bersama PAS dalam PN

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar  yang diusulkan oleh UMNO dan Pakatan Harapan (PH) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.

Setiausaha Agung, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan media berkata MPT bersetuju memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) bersama kerjasama antara BERSATU dan PAS.

Beliau berkata, dalam usaha kestabilan politik di peringkat negeri mahupun nasional semua keputusan yang bakal diambil BERSATU akan mengambil kira ketetapan bersama terutama PAS.

Pada mesyuarat MPT berkenaan yang dipengerusikan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut membincangkan hala tuju dan pendirian parti berkenaan berhubung perkembangan politik semasa.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments