Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAMerealisasikan kerangka Malaysia MADANI perlu komitmen semua pihak

Merealisasikan kerangka Malaysia MADANI perlu komitmen semua pihak

Oleh: Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin

Komitmen seluruh lapisan masyarakat menjadi kunci kejayaan pelaksanaan Malaysia Madani yang berteraskan enam rukun bagi mengembalikan negara ini kepada status negara cemerlang.

Pembasmian kemiskinan iaitu satu daripada tiga keutamaan strategik dalam kerangka Malaysia Madani turut menjadi agenda utama Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini memandangkan, setelah lebih 60 tahun merdeka, jumlah golongan miskin tegar masih lagi tinggi dengan 136,000 isi rumah sementara 308,000 lagi isi rumah dalam kategori miskin.

Menyifatkannya sebagai sesuatu memalukan dan tidak sepatutnya berlaku, Perdana Menteri ketika melancarkan kerangka Malaysia Madani berkata, dua keutamaan lain adalah penstrukturan semula ekonomi serta memulih dan menjana ekonomi

Enam rukun dalam kerangka Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan memerlukan kepada kesalinghubungan yang rapat serta proses reformasi, perbincangan yang kolektif antara semua pihak, serta maklum balas daripada rakyat.

Konsep keterangkuman inilah yang ingin digarap Anwar selepas memperkenalkan kerangka Malaysia Madani dalam ucapan amanat ‘Membangun Malaysia Madani’ pada 19 Januari lepas bagi membina semula negara bangsa Malaysia yang lebih berdaya saing.

MENANGANI ISU MISKIN TEGAR JADI FOKUS UTAMA

Pensyarah kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin ketika mengulas isu kemiskinan berkata, pihak kerajaan boleh memikirkan pendekatan bantuan baharu yang boleh terus meringankan beban rakyat sama ada berbentuk jangka pendek mahupun jangka panjang.

“Contohnya dalam bantuan jangka pendek, pihak kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyantuni serta memberikan pelbagai bantuan termasuk bantuan kewangan bulanan kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Contoh sedia ada seperti Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Warga Emas (BWE).

“Mungkin boleh berbincang dengan JKM untuk menyediakan beberapa lagi bantuan baharu yang difikirkan sesuai oleh kerajaan mengikut situasi dan kehendak semasa. Namun ia perlu juga melihat apakah ianya akan beri impak besar kepada implikasi kewangan negara dalam tempoh mendatang,” katanya kepada media baru-baru ini.

orang miskin dan membasmi kemiskinan, dan antara punca berlakunya gejala kemiskinan adalah kerana kegiatan rasuah yang berleluasa yang biasanya berlaku dalam bentuk top-down pyramid iaitu dari pihak atasan dan merebak hingga ke peringkat bawahan.

“Sifirnya cukup mudah. Jika ketirisan disebabkan rasuah ini dapat dikawal dengan proaktif maka banyak wang rakyat boleh diselamatkan dan digunakan semula untuk membantu orang miskin. Kerajaan perlu jadi contoh terbaik bagaimana kita boleh bekerja bersama-sama membanteras habis-habisan rasuah. Anwar sendiri menegaskan beliau tidak akan mencampuradukkan sebarang bentuk penyelewengan dan rasuah dalam negara, manakala sebarang pengambilan harta negara harus dipulangkan semula kepada rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd Azizuddin turut berharap kerangka Malaysia Madani ini tidak disalah erti sebagai konsep yang hanya terpakai untuk orang Islam sahaja,

Ini kerana, kata beliau, konsep Madani yang terkait dengan konsep ketamadunan juga sesuai dalam masyarakat pelbagai kaum.

Beliau menambah, matlamat yang diutarakan PM Anwar adalah untuk melaksanakan tingkah laku yang terbaik dalam menyelesaikan isu utama rakyat kini iaitu kemiskinan, keadilan sosial dan membasmi rasuah sebagai keutamaan kerajaan beliau kini.

“Setiap kerajaan pasti ada konsep dan temanya sendiri. Sebagai contoh, konsep Keluarga Malaysia dan juga 1Malaysia misalnya oleh kerajaan terdahulu sebenarnya adalah terangkum di dalam konsep Madani yang lebih besar sifatnya. Keluarga Malaysia merujuk kepada rakyat Malaysia hidup bernegara sebagai sebuah keluarga dan menekankan ciri-ciri kekeluargaan. 1Malaysia pula melihat kesepaduan rakyat Malaysia atas matlamat yang sama iaitu Transformasi Malaysia, keselesaan rakyat dan perpaduan kaum.

“Konteks Malaysia Madani sebenarnya melihat perkara berkenaan juga tetapi dalam ruang lingkup yang lebih luas menjadikan Malaysia sebuah negara yang bertamadun dari segi kemajuan nilai dan kemajuan fizikal. Atas dasar ini, PM Anwar yakin konsep Malaysia Madani ini boleh menjadikan negara kita kembali disegani kerana matlamat bernegara menitikberatkan kemakmuran bersama rakyat Malaysia yang akan memberikan kebahagian dan kebaikan umum,” jelasnya.

Dalam merealisasikan kerangka ini, Mohd Azizuddin mencadangkan supaya kerajaan turut memberikan tumpuan ke arah bersaing dengan kuasa dunia lain melalui perdagangan dan teknologi di dalam era Revolusi Perindustrian 4.0 ini.

“Pelaburan yang besar daripada segi penyelidikan diperlukan bagi menjadikan Malaysia hub kepada pelbagai sektor seperti pendidikan, teknologi hijau, dan pelbagai lagi, ” katanya.

SISIPAN

Konsep Malaysia Madani ini diambil daripada buku ‘Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi’ yang ditulis sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2022.

Buku setebal 187 muka surat terbitan Institut Darul Ehsan (IDE) pada tahun 2022 dengan kerjasama Pusat Dasar Pasca Normal dan Kajian Masa Depan (CPPFS), menekankan dasar rangka kerja bagi memenuhi keperluan serta potensi masa depan negara.

Tiga keutamaan yang terkandung dalam kerangka berkenaan iaitu membasmi kemiskinan, penstrukturan semula ekonomi, serta memulih dan menjana ekonomi turut menjadi keutamaan kerajaan.

Semua kementerian turut bertanggungjawab dalam mempromosi dan memupuk konsep Malaysia Madani, dengan Kementerian Perpaduan akan menjayakan program berkonsepkan Malaysia Madani bermula di Sarawak pada Mei ini, dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi.

Penulis Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin ialah Pensyarah kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi The Malaya Post.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments