Anugerah berprestij yang mengangkat karya komposer tanah air, Anugerah Juara Lagu kali ke-35 (AJL35) bakal bersiaran secara langsung pada 14 Mac ini di TV3.
Mematuhi #norma baharu, pertandingan akan berlangsung tanpa kehadiran penonton dan menyaksikan sebanyak 12 lagu bertanding bagi merebut gelaran Juara Lagu.
Ironinya, setiap tahun pasti nyanyian medley AJL akan disajikan buat hiburan penonton.
Bagi tahun ini, Valient Music menghasilkan sebuah video medley AJL35 yang dinyanyikan oleh empat selebriti iaitu Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose dan Dean Eiman.
Umum mengetahui suara Azmi dari kumpulan Caliph Buskers sememangnya power!
Begitu juga dengan Dean Eiman yang selalu menghibur halwa telinga peminat dengan ‘cover song’ yang mantap.
Namun, gandingan empat selebriti itu menjadi perhatian ramai apabila ramai yang turut memuji suara merdu pelakon Hannah dan Raysha.
Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, rupanya dua pelakon jelita ini juga memiliki suara merdu dan lunak!
Difahamkan, konsep penggambaran video itu merupakan idea dari Hannah Delisha sendiri manakala susunan semula muzik telah dilakukan oleh Azmi Saat.
Menjengah ke ruangan komen, netizen mengatakan video tersebut boleh trending dek kerana jatuh hati dengan kelunakan suara Hannah dan Raysha.

Malahan, ada juga yang mencadangkan agar empat penyanyi tersebut muncul menyanyikan medley ini di malam pembukaan AJL35 nanti. Wah! Bagus juga idea ini kan! ????


*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply