Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA2,300 Penguatkuasa KPDNHEP tunggu giliran terima suntikan vaksin COVID-19

2,300 Penguatkuasa KPDNHEP tunggu giliran terima suntikan vaksin COVID-19

Kira-kira 2,300 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negara perlu menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Timbalan Menteri, Datuk Rosol Wahid menjelaskan demikian kerana mereka bukan dalam senarai petugas barisan hadapan.

Walaubagaimanapun pihaknya sudah menghantar surat kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyenaraikan penguat kuasa KPDNHEP sebagai petugas barisan hadapan yang menerima vaksin pada fasa pertama ini.

“Penguat kuasa kita sentiasa turun ke lapangan untuk menjalankan pemantauan harga barangan serta tugasan lain sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan COVID-19.

“Saya berharap permohonan kita mendapat pertimbangan MOSTI,” katanya kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Kuala Berang hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Rosol menyeru para peniaga di negara ini supaya mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 kerana mereka juga terdedah kepada risiko jangkitan wabak.

“Kita tiada data berapa peniaga yang sudah mendaftar tetapi selepas ini kita akan buat bagi memudahkan pemantauan,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments