Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAMenteri Kesihatan tinjau pengurusan pengendalian COVID-19 Hospital Putrajaya, hulur sumbangan barangan perubatan

Menteri Kesihatan tinjau pengurusan pengendalian COVID-19 Hospital Putrajaya, hulur sumbangan barangan perubatan

Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Adham Baba melakukan tinjauan di lapangan bagi melihat pengurusan pengendalian wabak COVID-19 di Hospital Putrajaya.

Beliau juga menyerahkan pelbagai barangan perubatan bagi keperluan petugas barisan hadapan seperti Face Mask N95, Surgical Face Mask dan Glove hasil sumbangan daripada Kerajaan China untuk kerajaan Malaysia dalam usaha membendung wabak COVID-19 yang menjadi pandemik di seluruh dunia ketika ini.

Beliau yang diiringi Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon turut mendengar taklimat Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya yang disampaikan oleh Dr Khairul Nizam Hassan.

Turut sama, Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, Dr. Siv Azhar Merican Abdullah.

27 Mac 2020 – YB Dato’ Seri Dr. Adham Bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia melakukan tinjauan di lapangan bagi melihat…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 27 Maret 2020

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments