Sunday, July 14, 2024
HomeBERITAMenteri Dalam Negeri puji keprihatinan dua anggota PDRM hulur bantuan ketika bertugas

Menteri Dalam Negeri puji keprihatinan dua anggota PDRM hulur bantuan ketika bertugas

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini memuji tindakan dua anggota PDRM yang menghulurkan bantuan pada orang susah semasa sedang menjalankan operasi Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini.

“Syabas kepada Koperal Mohd Hisham dan Konstabel Mudrikah Nazirul atas keperihatinan yg ditunjukkan kpd warga yang memerlukan” kata beliau di laman Facebook Hamzah Zainudin.

Beliau yang mengunakan hashtag #AdiwiraMalaysia, turut menyarankan agar sikap mulia dan terpuji dua anggota PDRM ini wajar di jadikan tauladan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Sikap mulia dan terpuji ini harus menjadi tauladan kepada seluruh rakyat Malaysia. Polis dan masyarakat berpisah tiada” kata beliau lagi.

Berikut adalah hantaran yang di kongsikan oleh Facebook Polis Johor mengenai kisah dua anggota tersebut.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments