Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Nooryana Najwa atau lebih mesra disapa Yana telah berkongsi satu video berdurasi 1.19 minit di laman Facebook miliknya.
Dalam perkongsian video terbabit, Yana bertanya pendapat ayahnya berkenaan pembentangan bajet kewangan tahun 2020 yang akan dibentangkan pada esok hari (11 Oktober 2019).
Tambahnya lagi, dia tidak sabar untuk melihat Menteri Kewangan ‘in action’.
Muat naik video terbabit beserta status “Breakfast with daddy sometimes becomes a Morning Breakfast Grill session 😬“.
“But this morning he highlights the challenges that he hopes the government will address in Belanjawan 2020 tomorrow”.
”p/s: Special sound effects by Adam 😅” tulis Yana bersama video bersama ayahnya.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=173480677135289&id=100034200728835&sfnsn=mo&d=n&vh=i
Menurut bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib, bajet 2020 ini perlu dilihat dari segi hasil negara.
“Hasil negara tanpa GST, telah wujud satu kelompongan yang besar”, katanya.
Beliau turut menambah, disebabkan itu, dengan memperluas SST di mana tambahan cukai yang dikenakan kepada rakyat dan harus dilihat dari segi pinjaman kerajaan, ia terus meningkat atau bertambah dan aset kerajaan yang sangat stategik akan terus dijual.
Menurut beliau, kerajaan juga harus melihat harga minyak. Ini kerana Belanjawan 2019 menetapkan harga minyak pada kadar harga 72 dolar Amerika setong dengan harga yang tidak realistik dan harga minyak sudah jatuh lebih kurang pada paras 55 dolar Amerika setong”.
“Ini merupakan cabaran yang cukup genting, bagaimana kita boleh menampung kehilangan hasil negara” ulasnya mengakhiri perbualan bersama anaknya.
Setakat ini, video tersebut telah mencecah 510 perkongsian oleh warga facebook dan lebih 80,000 ribu jumlah tontonan.
Video berkenaan turut dikongsi di IGTV menerusi laman Instagram Najib Razak Fans.
Bajet 2020 atau Belanjawan Malaysia amat dinantikan seluruh rakyat di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan yang akan dibentang di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada esok hari (11 Oktober 2019) oleh Menteri Kewangan, YB Lee Guang Eng.
Pembentangan Bajet 2020 akan bersiaran secara langsung di seluruh stesyen penyiaran awam dan berbayar seawal jam 3 petang yang akan dimulakan dengan segmen perbincangan Bajet 2020.
Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan menumpukan usaha menangani kos sara hidup secara maksimum serta aspek penting lain seperi perumahan, pengangkutan, perkhidmatan kesihatan dan perubatan.
Semoga ada perkhabaran gembira untuk semua golongan secara khususnya.
Kami turut berkongsi video ‘bloopers’ (kesilapan) dan di sebalik tabir sewaktu Yana menemuramah bapanya.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=173493490467341&id=100034200728835&sfnsn=mo&d=n&vh=i

Leave a Reply