Oleh Salleh Said Keruak
1. Orang Sabah mesti diutamakan dalam mempertahankan hak dan menentukan masa depan kita sendiri. Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menegaskan bahawa hak 40% hasil negeri adalah hak perlembagaan, bukan ihsan politik.
2. Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan menjamin 40% daripada hasil bersih yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan daripada Sabah. Ini bukan sumbangan atau rundingan baharu — ia kewajipan perlembagaan yang menjadi asas keadilan dalam Persekutuan Malaysia.
3. Janji yang termeterai pada tahun 1963 mesti diterjemah kepada tindakan. Kerjasama dan saling menghormati antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung adalah asas kepada kekuatan negara.
4. Sabah perlu memperkukuh keupayaan sendiri dalam kewangan, pentadbiran dan perancangan ekonomi. Setiap hak yang diperjuangkan mesti membawa manfaat nyata kepada rakyat.
5. Dalam hal ini, Orang Sabah mesti bersatu. Menegakkan hak bukan soal konfrontasi, tetapi soal maruah dan keadilan. Melalui kesatuan dan kematangan, kita dapat menempatkan Sabah di tempat yang sewajarnya dalam Persekutuan Malaysia.
Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Hj Md Said Keruak merupakan mantan Ketua Menteri Sabah dan mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai Bendahari UMNO Sabah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan. Tulisan ini merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi The Malaya Post.

Leave a Reply