Friday, July 19, 2024
HomeBERITAMenabung untuk ke Sunway Lagoon, sikap tolak ansur seorang kanak-kanak berusia enam...

Menabung untuk ke Sunway Lagoon, sikap tolak ansur seorang kanak-kanak berusia enam tahun dikagumi netizen

Setiap ibu bapa pasti akan cuba memenuhi hasrat dan permintaan anak-anak walau terpaksa mengeluarkan bajet yang agak besar.

Perkongsian seorang blogger dan juga Instafamous Dena Bahrin, yang berkongsi video ‘prank’ dan ‘surprise’ terhadap anak lelakinya, Saif Amaan Daniyal.

Menurut Dena, Amaan begitu bersungguh-sungguh menabung sehingga anaknya telah menyediakan tabung khas demi memenuhi impiannya untuk pergi ke Taman Tema Air, Sunway Lagoon.

Berdasarkan video yang dikongsinya, Dena pada mulanya memberitahu Amaan, mereka akan ke rumah rakan kepada bapa Amaan untuk mandi manda.

Amaan yang percaya terus bersiap dan ketika dalam perjalanan, Amaan sempat mengucapkan terima kasih meskipun pada sangkaannya dia hanya akan ke rumah rakan bapanya.

Namun setelah melihat papan tanda Sunway, air mukanya berubah dan sempat mengatakan ibunya menipunya.

Dalam tertawa, ibunya sempat memberitahu “saya tak tipu, saya nak surprise awak je, sorry la”.

Namun apa yang lebih menyentuh hati warganet apabila kanak-kanak berusia enam tahun ini boleh bersikap matang dan penuh toleransi bertanya ibunya, ‘cukup duit ke?’, lalu mencium pipi ibunya setelah ibunya menjawab pertanyaannya.

Amaan kelihatan sangat gembira dan sempat menyanyikan ‘best day ever’ berulang kali.

Di ruangan komen, rata-rata warganet kagum sifat sopan dan sikap tolak ansur kanak-kanak berkenaan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments