Sunday, July 21, 2024
HomeBERITAKembali langsing selepas melahirkan anak sulung, Elfira Loy amal berbengkung 10 jam...

Kembali langsing selepas melahirkan anak sulung, Elfira Loy amal berbengkung 10 jam sehari sewaktu berpantang

Pelakon kecik molek, Elfira Loy baru sahaja selesai tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf.

Penampilan terbarunya di majlis gala Glam Malaysia yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental ternyata mengejutkan rakan artis dan juga para peminatnya.

Dengan mengenakan busana putih rekaan Rizman Ruzaini, Elfira tampil menawan dengan susuk badannya yang kelihatan langsing.

Menurutnya, ketika berpantang dia mengamalkan proses berpantang dengan betul melalui bantuan ‘confinement lady’.

Tambah Elfira lagi, dia turut mengenakan bengkung sepuluh jam sehari bagi mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

Ketika diusik oleh warganet mengenai tips untuk kembali langsing persis anak dara, Elfira berseloroh sudah kehilangan berat badan namun belum selangsing sebelumnya.

Di ruangan komen, warganet dan rakan artis gembira melihat transformasi Elfira dan kemunculan kembali dirinya setelah berehat panjang selepas melahirkan anak lelaki sulungnya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments