Thursday, May 16, 2024
HomeBERITAKEMALANGANMemandu di laluan bertentangan dan merempuh kereta, warganet tunjuk bukti plastik berisi...

Memandu di laluan bertentangan dan merempuh kereta, warganet tunjuk bukti plastik berisi tin arak didakwa milik pemandu trak tunda

Penggunaan “dashcam” atau “dashboard camera” semakin popular.

Ini kerana penggunaan yang mampu merakam pelbagai kejadian di jalan raya secara langsung menarik minat ramai.

Baru-baru ini telah viral perkongsian rakaman dashcam orang awam berkaitan kemalangan yang berlaku di Batu 10, Jalan Tanjung Tualang, melalui entri page Malaysian Response Team yang dikongsikan oleh Mahsuri Ab Malek.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=147497473300081&id=102828524433643

“Lokasi :
Batu 10, Jalan Tanjung Tualang.
Info awal :
Towing/Carrier langgar Saga. Info berkaitan kot ada dalam footage video. Dikongsi oleh Mahsuri Ab Malek”, tulisnya bersama perkongsian video berkenaan.

Berdasarkan rakaman video dashcam yang berdurasi 1.34 minit memaparkan sebuah trak tunda atau towing yang pada mulanya kelihatan telah memasuki ke laluan bertentangan namun sempat kembali ke laluan asalnya.

Tidak lama kemudian sekali lagi lori berkenaan memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta jenis Saga dan mengakibatkan kereta terbabit kelihatan berpusing sebelum tersadai di tepi jalan.

Pemandu trak tunda berkenaan telah memberhentikan kenderaanya di tepi jalan dan mengambil masa agak lama untuk keluar dari lorinya.

Di sebalik kejadian kemalangan terbabit, netizen sempat mempersoalkan mengenai plastik putih yang dibuang setelah memarkir kenderaannya dan juga tingkah laku pemandu kereta yang juga perakam asyik menyebut perkataan kesat berulang kali.

Di ruangan komen laman Facebook page berkenaan, ada seorang warganet memberikan gambar plastik putih yang dibuang oleh pemandu lori dipercayai mengandungi tin arak di dalamnya.

Walaubagaimanapun keadaan pemandu kereta Saga terbabit masih belum diketahui.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments