Wednesday, May 22, 2024
HomePOLITIKMelayu perlu bersatu, isu tulisan jawi masih jauh dari tamat - Dr....

Melayu perlu bersatu, isu tulisan jawi masih jauh dari tamat – Dr. Kamarul Yusoff

Oleh : Dr. Kamarul Yusoff

Laju saja penyokong Dong Jiao Zong mengemukakan naratif baru bagi mengangkat persepsi bahawa Dong Jiao Zong adalah “mangsa” bukannya “pemangsa” atau “pencetus masalah” dalam kes pembatalan Persidangan Pertubuhan Cina di Kolej New Era, Kajang, esok.

Langsung tidak disebut pendedahan Setiausaha Dong Zong, Ng Chai Heng, bahawa sebab sebenar tulisan jawi ditentang adalah kerana bimbang ia akan menyebabkan pelajar-pelajar bukan Islam diIslamkan kerana kononnya telah berlaku pengislaman demikian sebelum ini.

Melihat kepada reaksi-reaksi penentangan yang telah dibuat di media sosial, benarlah bahawa orang-orang bukan Melayu boleh bersatu hati dalam perkara yang menyentuh kepentingan bersama mereka tanpa mengira sama ada mereka adalah dari DAP, GERAKAN atau MCA.

Melihat kepada reaksi-reaksi ini maka jelaslah isu ini akan masih jauh dari tamat dan penentangan ke atas tulisan jawi akan berterusan.

Soalnya ialah kenapa sesetengah orang Melayu ragu-ragu untuk bersatu hati dalam perkara yang menyentuh kepentingan bersama mereka?

Ini adalah reaksi-reaksi yang dikeluarkan setakat ini:

(1) Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Dr P Ramasamy: “Pembatalan mahkamah adalah tidak patut. Mempermainkan hak berhimpun dan hak ke atas kebebasan bersuara.”

(2) Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Fong Kui Lun dan Ronnie Liu: “Satu jalan keluar selepas pengharaman Persidangan Kajang ialah untuk kerajaan membatalkan pengenalan tulisan jawi”.

(3) Ketua Pemuda DAP, Howard Lee: “Polis patut melindungi hak Dong Zong berhimpun secara aman, seperti mana penganjur Kongres Maruah Melayu dilindungi. Hak untuk berbeza pendapat di kalangan warga adalah tulang belakang demokrasi.”

(4) Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon: “Kerajaan boleh anjurkan Kongres Maruah Melayu, pertubuhan Cina tak boleh anjur pertemuan tertutup? Adakah Cina tak ada hak untuk berhimpun?”

(5) Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai : “Mengapa polis tidak meminta perintah mahkamah untuk mengharamkan Kongres Maruah Melayu atas dasar sensitiviti kaum dan keselamatan? Pengharaman Persidangan Pertubuhan Cina adalah satu double standard dan bercanggah dengan kebebasan bersuara.”

(6) Penulis, Lim Hong Siang: “Keputusan untuk menghalang mesyuarat tertutup anjuran Dong Jiao Zong dikhuatiri mencetuskan rasa ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat Cina. Mereka akan mempertikaikan, mengapa himpunan anti-ICERD, Kongres Maruah Melayu diberi lampu hijau, tetapi hak berhimpun mereka dinafikan? Sentimen sedemikian akan memburukkan hubungan antara kaum. Persepsi bahawa kaum Cina ditindas semakin menebal, dan kerajaan akan dianggap tidak adil ketika mengendalikan pertikaian sedemikian.”

(7) Pengasas MAJU, Siti Kasim: “Sepatutnya pembuli yang dihentikan. Bukan mangsa.”

*Dr. Kamarul Yusoff adalah Pensyarah Senior di Universiti Utara Malaysia.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments