Friday, July 19, 2024
HomeBERITASah Perikatan Nasional perintah Perak, Ahmad Faizal masih kekal sebagai MB

Sah Perikatan Nasional perintah Perak, Ahmad Faizal masih kekal sebagai MB

Gelombang Perikatan Nasional (PN)  menghala ke Perak apabila sah membentuk kerajaan selepas memperoleh 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan gabungan Parti BERSATU, UMNO dan Pas.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu sidang media bersama Pengerusi UMNO Perak, Dato’ Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman hari ini turut menyatakan dua orang wakil rakyat menganggotai parti BERSATU.

Dato’ Seri Ahmad Faizal mengumumkan kemasukan Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Dato’ Abdul Yunus Jamhari sebagai anggota baharu BERSATU.

Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi sebelum ini merupakan wakil rakyat bebas manakala Dato’ Abdul Yunus Jamhari merupakan Ketua PKR Cabang Parit Buntar.

Dalam pada itu beliau berkata ketiga-tiga parti itu mencapai persetujuan untuk membentuk sebuah gabungan baharu membabitkan 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, empat ADUN Bersatu dan tiga ADUN Pas.

Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu memberitahu PN akan memohon perkenan untuk mengadap Sultan Perak bagi sembah maklum berkenaan gabungan baharu yang akan menerajui negeri Perak.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments