Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITAJangan terpedaya dengan lesen ekspres!

Jangan terpedaya dengan lesen ekspres!

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengingatkan orang awam agar tidak terpedaya dengan sindiket lesen ekspres yang sedang berleluasa di negara ini.

Proses memperolehi lesen memandu tanpa menduduki sebarang ujian merupakan satu penipuan yang dibuat oleh individu tertentu untuk memerangkap mangsanya.

Penipuan sindiket ini khususnya bergiat aktif menerusi platform Facebook dengan menawarkan perkhidmatan berkenaan pada harga yang lebih murah.

JPJ menegaskan bahawa tiada jalan singkat untuk mendapatkan Lesen Memandu secara sah memandangkan pemohon perlu mematuhi setiap prosedur yang ditetapkan termasuk menduduki ujian.

Orang awam dinasihati agar berhati-hati akan kegiatan ini dan memaklumkan segera aduan mengenai sindiket terbabit ke http://jpj.spab.gov.my

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments