Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mengisi masa lapang di rumah dengan melayani anak lelakinya menyelesaikan tugasan sekolah.
Namun di sebalik aktiviti bersama keluarga dan teladan yang ingin disampaikan,
pasti ada telatah bersahaja yang mencuit hati sesiapa sahaja yang menonton perkongsian video beliau.
Menerusi laman media sosial Facebooknya @Faizal Azumu, Dato’ Seri Ahmad Faizal menyatakan, walaupun cuti sekolah masih panjang, ini tidak bermakna murid – murid juga boleh ‘bercuti panjang’ dengan tidak mengulangkaji pelajaran.
Beliau berkata, inilah masanya untuk ibu apa memberi perhatian dan tunjuk ajar kepada anak anak, atau sebaliknya yang berlaku!
Selang beberapa minit kemudian, terkejut Datin Seri apabila melihat beliau dah berbaring santai bersama anaknya dengan memberi alasan tugasan anak telah pun selesai.
Memang manja betul anak Dato’ Seri ya! Manja manja juga. Jangan lupa basuh kaki sebelum ayah pengsan dek baunya!😂
Dilihat dari sudut positif, pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Inilah masanya untuk mengeratkan hubungan bersama keluarga dan manfaatkan lah sebaik mungkin ya!
Ok guys, nanti kita godek-godek lagi apa aktiviti MB Peja seterusnya ya!
Dalam mesej ada gurauan, caya lah Dato’ Seri👍🏻
Datin Seri pun boleh tahan juga kelakar ya😅
(VIDEO) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN: MB PEJA KONGSI KAEDAH LUANG MASA BERKUALITI DENGAN ANAK-ANAK DI RUMAH
Dikirim oleh Faizal Azumu pada Senin, 30 Maret 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply