Sebelum ini tular di media sosial mengatakan virus COVID-19 boleh berjangkit melalui udara.
Tidak mahu masyarakat terpedaya dengan maklumat yang tidak sahih, Public Health Malaysia tampil memberi penjelasan dan menyatakan virus berkenaan sebenarnya penyakit yang disebarkan oleh titisan air.
Jangkitan menerusi titisan air ini boleh berlaku apabila seseorang itu batuk, bersin atau bercakap (tersembur air liur) berhampiran dengan individu lain.
Penyakit ini boleh merebak dalam jarak kurang dari satu meter yang boleh masuk menerusi mata, hidung dan mulut.
Ia juga boleh berjangkit apabila tangan bersentuhan pada permukaan yang sudah tercemar dengan kuman dan kemudian menyentuh muka.
COVID-19 tidak seperti penyakit TB, Measles, Chiken pox dan Pertusis yang disebarkan melalui udara.
Penyakit sebaran udara ini nyata lebih cepat berjangkit dan boleh merebak lebih jauh dalam ruang udara yang sama.
Partikel halus yang aktif di udara boleh dijangkiti apabila bernafas dan terus masuk ke alveolus paru-paru.
Penjelasan ringkas mengenai perbezaan penyakit sebaran udara dan titisan air (droplet)Penyakit yang kita sedang…
Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Senin, 30 Maret 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply