Beberapa jam mendapat perkhabaran penyanyi tersohor, Datuk M. Daud Kilau yang mengalami masalah pergerakan kerana penyakit kronik, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mengarahkan bantuan disalurkan segera kepada pelantun suara lagu popular Cek Mek Molek ini.

Dan hari ini, bantuan kerusi roda elektrik telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah yang turut meninjau keadaan dan keperluan lain seniman lagenda kelahiran Kampung Sungai Ular, Bagan Datuk.
Menurut beliau, Menteri Besar juga telah mengarahkan lawatan dan tinjauan dilakukan sebagai usaha menyalurkan bantuan segera kepada seniman terbabit.
“Bantuan kerusi roda elektronik telah disampaikan dan dalam waktu terdekat kerja-kerja membina ‘slab’ di sekitar laman rumah juga akan dilakukan bagi memudahkan pergerakan beliau.

“Selain itu, bantuan bersesuaian akan disalurkan segera seperti yang diarahkan oleh YAB Menteri Besar, ujar beliau yang ditemui ketika hadir menziarahi Datuk M Daud Kilau di kediaman penyanyi berkenaan.
Terdahulu, Datuk M. Daud Kilau dilaporkan terlantar sakit dan mengalami masalah pergerakan kerana penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung tidak stabil.
Beliau yang dikenali dengan jolokan Raja Gelek Malaysia juga telah memohon bantuan alat sokongan, kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakan sehariannya.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply