Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAKerajaan Negeri Perak gesa individu pulang dari Sabah tampil buat ujian saringan

Kerajaan Negeri Perak gesa individu pulang dari Sabah tampil buat ujian saringan

Kerajaan Negeri Perak hari ini menggesa individu yang pulang dari Sabah pada 14 hingga 26 September agar segera tampil membuat ujian saringan COVID-19.

Manakala individu yang pulang pada 27 September dan selepas tarikh itu turut digesa membuat saringan kali kedua sekiranya mengalami gejala-gejala wabak pandemik berkenaan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya memandang serius peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di seluruh negara, termasuk lima kes positif yang dikesan di negeri Perak melibatkan individu-individu yang pulang dari negeri Sabah.

“Bagi mereka yang sedang menjalani tempoh kuarantin 14 hari di rumah masing-masing selepas pulang dari Sabah adalah diingatkan supaya mematuhi prosedur yang telah ditetapkan, khususnya mengasingkan diri daripada ahli keluarga mereka sehingga ujian swab kedua mengesahkan mereka negatif COVID-19.

“Adalah diingatkan bahawa tempoh dua minggu selepas selesainya Pilihan Raya Negeri Sabah adalah tempoh yang amat kritikal susulan peningkatan kes jangkitan harian di seluruh negara yang telah mencapai tiga angka.

“Dalam pada itu, semua rakyat dinasihatkan supaya terus mengamalkan disiplin norma baharu dengan mengelakkan tempat yang sesak, kawasan yang sempit dan elak sembang dengan jarak yang dekat,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Beliau turut mengingatkan agar orang ramai kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai pelitup muka di tempat-tempat awam dan elakkan bersentuhan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments