Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAMaskot Captain America dan Deadpool sambut kehadiran murid darjah satu SK St...

Maskot Captain America dan Deadpool sambut kehadiran murid darjah satu SK St Paul, Seremban

Happy New Year 2020 and welcome back to school everyone!

Melangkah sahaja ke tahun baru, maka bermulalah awal persekolahan. Sudah tentu pelbagai ragam dapat kita lihat terutamanya murid-murid darjah satu yang mula melangkah ke alam persekolahan.

Pelbagai telatah dan gelagat yang biasa kita lihat. Ada yang menangis, maraung pun ada tau! Malah ada juga yang terlebih ‘excited’ mahu memulakan pembelajaran dan berjumpa kawan-kawan baru.

by Hasriyasyah Sabudin

Namun situasi di Sekolah Kebangsaan St Paul, Seremban jauh berbeza apabila murid-murid darjah satu kelihatan sungguh gembira dan teruja pada hari pertama persekolahan.

by Hasriyasyah Sabudin

Pihak SK St Paul mengambil pendekatan berbeza pada musim persekolahan baharu tahun ini dengan menggunakan maskot watak superhero kesukaan ramai iaitu Captain America dan Deadpool untuk menyambut kehadiran murid-murid setelah lebih sebulan bercuti.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=599703027455328&id=211591442051

Pendekatan ini dilihat merupakan satu kaedah yang positif bagi memupuk semangat ingin ke sekolah, menarik perhatian dan mengubah persepsi ataupun perasaan takut serta gugup kanak-kanak untuk menempuh alam baru mereka.

by Hasriyasyah Sabudin

Malah sedikit sebanyak ia dapat membantu kanak-kanak ini mengawal emosi bagi menyesuaikan diri dengan suasana baru.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments