Sunday, May 19, 2024
HomeBERITABintang Running Man bakal temui peminat di Manila sempena ulangtahun ke-10, ‘A...

Bintang Running Man bakal temui peminat di Manila sempena ulangtahun ke-10, ‘A Decade of Laughter’

Running Man merupakan sebuah program realiti dari Korea Selatan yang cukup digemari oleh masyarakat di seluruh pelusuk dunia.

Sehingga kini, program ini menjadi rancangan televisyen yang popular dan mendapat rating tertinggi daripada penonton di serata negara.

Program realiti yang mula diterbitkan pada tahun 2010 terdiri daripada lapan orang ahli iaitu Lee Kwangsoo, Yoo Jaesuk, Ji Sukjin, Kim Jongkook, Yang Sechan, Song Jihyo, Jeon Somin, dan Haha.

Setelah sedekad telah berlalu, dimaklumkan bintang Running Man bakal menemui peminatnya di Manila pada 9 Februari 2020.

Sempena ulang tahun Running Man yang ke-10 perjumpaan ‘A Decade of Laughter’ bersama peminat akan diadakan di SM Mall of Asia Arena.

Pasti sahaja peminat setia di Manila begitu teruja dan gembira mendengar pengumuman berita berkenaan.

Perjualan tiket akan mula dibuka pada 19 Januari menerusi cawangan SM Tickets atau boleh membuat pembelian secara online.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments