Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAMARA umum penangguhan bayaran balik pinjaman dan diskaun sewaan premis

MARA umum penangguhan bayaran balik pinjaman dan diskaun sewaan premis

Krisis penularan wabak COVID-19 yang berlaku kini nyata memberi kesan besar secara langsung terhadap ekonomi negara.

Sehubungan itu, atas dasar keprihatinan pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memutuskan beberapa inisiatif tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan untuk meringankan beban rakyat.

✔️ Penangguhan pembayaran balik pinjaman pelajaran MARA selama tiga bulan

✔️ Penangguhan pembayaran balik pinjaman perniagaan MARA selama enam bulan

✔ Diskaun 30% penyewaan premis perniagaan MARA selama enam bulan

️✔️ Penutupan premis perniagaan MARA kecuali pasaraya, farmasi, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barang keperluan

✔️ Penangguhan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan Latihan Industri bagi Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang akan bermula pada 2 April 2020

Setiap inisiatif penangguhan pembayaran dan diskaun sewaan yang diberikan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.mara.gov.my atau hubungi MARA Call Centre di talian 03 2613 2000.

MARA Prihatin menangani wabak COVID-19#mara #maraprihatin #kplb #covid-19

Dikirim oleh MAJLIS AMANAH RAKYAT pada Jumat, 20 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments