Berikutan penularan wabak COVID-19, beberapa langkah pencegahan dan kawalan telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Antara yang disarankan oleh KKM ialah kepentingan memakai topeng muka atau “face mask”.
Beberapa jenis penutup muka dan fungsi telah dihebahkan kepada orang ramai dalam usaha menambah pengetahuan dan kepentingan yang boleh digunakan ketika situasi genting ini.
Namun, menerusi laman media sosial Facebook @Say Shazril Shaharuddin, pengacara rancangan Tanya Doktor, Dr Say menerangkan, sebenarnya ada pihak yang WAJIB menggunakan penutup muka, dan siapa pula yang PERLU memakainya.
Rentetan pengalaman beliau yang dilarang masuk ke supermarket untuk membeli barangan keperluan hanya kerana tidak memakai topeng muka, beliau terpanggil untuk memberi informasi yang lebih jelas mengenai keperluan pemakaian topeng muka.
Kita ikuti penjelasan doktor muda yang juga bapa kepada seorang anak ini :
Topic : To Mask Or Not To Mask?
Tergerak hati sy nak buat topik ni arini atas 2 sebab. Sebab pertama sy tidak dibenarkan masuk ke @myvillagegrocer Cyberjaya pagi tadi untuk membeli groceries kerana tak pakai mask & sebab kedua sy tengok makin berleluasa penjualan mask berharga Yahudi, sekotak ade 25 mask harganya RM80 kiranya satu mask tu RM3.20 melebihi had yg ditetapkan kerjaan yakni RM2! Belum cerita lagi scammers yg cakap jual mask, last2 duit kalian yg dikebas.
Persoalannya sekarang PERLUKAH pemakaian mask ni sebenarnya? Pagi tadi sy dipandang jelek ibarat sy bertelanjang padahal meh sy cerita SIAPA YANG PERLU PAKAI MASK NI:
1) Petugas kesihatan yg mengendali pesakit (doktor, misi, pegawai kesihatan)
2) Petugas di barisan hadapan (polis, tentera)
3) Jika anda menjaga individu yg ada gejala pernafasan
4) Jika anda ada gejala pernafasan (batuk, selsema)
Sekiranya anda tidak tergolong dalam kumpulan di atas, ANDA TIDAK PERLU MEMAKAI MASK. “Tapi doc, buatnya orang tu bersin pastu dia tak pakai mask & kita tak pakai mask, tak ke naya?”. Sebab itulah sangat dititikberatkan social distancing 1 meter tu. Tak pakai mask yg dipersoalkan padahal dalam supermarket bersardin-sardin kalian ok pulak? Bagi pendapat sy daripada melarang orang tak ber-mask masuk supermarket lebih baik hadkan kemasukan pelanggan & nak lagi bagus rekod suhu pelanggan sebelum masuk supermarket.
“Aah sy tak kisah doc, sy nak pakai jugak” by all means silakan. Hukum yg sy sebut tadi pun PERLU, bukannya WAJIB. Jadi nak pakai mask silakan tapi janganlah larang kebebasan mereka yg tak pakai. @kementeriankesihatanmalaysia dah keluarkan poster pasal mask, WHO juga. Daripada anda bazirkan duit mengenyangkan Yahudi topeng & scammers kat luar sana baik anda sumbang kepada KKM untuk pembelian alat-alat keperluan perubatan bukankah itu jauh lebih baik?
Semoga penjelasan Dr Say ini dapat membuka mata dan menambah pengetahuan semua pihak.
Terima Kasih Doktor!
Topic : To Mask Or Not To Mask?Tergerak hati sy nak buat topik ni arini atas 2 sebab. Sebab pertama sy tidak…
Dikirim oleh Say Shazril Shaharuddin pada Senin, 23 Maret 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
Leave a Reply