Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITAManusia tertua Jepun hembus nafas terakhir pada usia 116 tahun

Manusia tertua Jepun hembus nafas terakhir pada usia 116 tahun

TOKYO, 12 Disember- Manusia tertua Jepun, Fusa Tatsumi meninggal dunia pada usia 116 tahun, hari ini.

Dilahirkan pada 1907, Tatsumi membesarkan tiga anak bersama suaminya, seorang petani, di Osaka, lapor penyiar tempatan MBS.

“Tatsumi meninggal dunia pada usia 116 tahun di pusat jagaan di Osaka pada Selasa,” kata seorang pegawai di bandar Kashiwara di Osaka kepada media.

Gabenor Osaka Hirofumi Yoshimura mengucapkan takziah di laman media sosial X, sambil mengimbau parti yang dihadirinya untuk meraikan umur panjang Tatsumi pada September.

“Saya masih ingat betapa sihatnya Cik Fusa Tatsumi,” kata Yoshimura. “Saya dengan tulus berdoa untuk rohnya.”

Dalam rakaman yang disiarkan oleh MBS dan media tempatan lain, dia dilihat di atas kerusi roda, pada sambutan ulang tahunnya yang ke-116 pada April.

Tatsumi diiktiraf sebagai orang tertua Jepun selepas Kane Tanaka meninggal dunia tahun lalu pada usia 119 tahun.

Rekod Dunia Guinness secara rasmi mengakui status Tanaka sebagai manusia tertua di dunia pada April 2022.

Dengan kematian Tanaka, bermakna status manusia tertua dunia bertukar tangan ke Maria Branyas kelahiran AS, yang akan mencecah usia 117 tahun pada 4 Mac tahun depan.

Jepun mempunyai penduduk kedua tertua di dunia selepas Monaco, mempunyai lebih daripada 47,000 orang yang berusia lebih 100 tahun.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments