Wednesday, July 10, 2024
HomePOLITIKManifesto Pakatan Harapan tidak menghalang PM menjadi Pemangku Menteri Pelajaran

Manifesto Pakatan Harapan tidak menghalang PM menjadi Pemangku Menteri Pelajaran

PETALING JAYA : Peguam Kanan Haniff Khatri Abdulla membidas bekas Timbalan Presiden PKR yang menuduh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah melanggar janji manifesto yang terkandung dalam Buku Harapan kerana memangku jawatan Menteri Pelajaran

Sebaliknya, beliau berpendapat bahawa manifesto Pakatan Harapan tidak menghalang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menjadi Pemangku Menteri Pelajaran.

“Daripada pembacaan biasa dan mudah Buku Harapan di bawah tajuk JANJI 12 akan menunjukkan bahawa seseorang Perdana Menteri adalah diharamkan dari memegang jawatan Menteri Kewangan sahaja, dan walaupun tidak digalakkan, tetapi pegangan mana-mana portfolio di Kementerian selain Menteri Kewangan sememangnya tidak diharamkan”, katanya.

“Hatta, Tun Dr Mahathir adalah tidak dihalang dari menjadi Menteri Pelajaran, apatah lagi dalam kapasiti sebagai memangku Menteri Pelajaran pula”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.

Beliau juga menyarankan dengan tegas agar Dr Syed Husin Ali membaca, memahami dan menghayati terlebih dahulu kandungan Buku Harapan yang sebenar, sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat.

“Justeru, adalah disarankan dengan tegas kepada Syed Husin Ali, agar beliau membaca, memahami dan menghayati terlebih dahulu akan kandungan Buku Harapan yang sebenar, sebelum membuat kenyataan tidak tepat dan boleh kelirukan rakyat, seolah-olah Kerajaan Malaysia melalui keputusan Jemaah Menteri, dengan sengaja menyalahi manifesto pra PRU-14 Pakatan Harapan sendiri, apatah lagi kenyataan tidak tepat dan khilaf yang menjurus kepada tohmahan yang salah ini datangnya daripada seorang pemimpin parti gabungan dalam Pakatan Harapan sendiri, iaitu PKR”, katanya.

Dr Syed Husin Ali semalam mendakwa bahawa tindakan Perdana Menteri memangku jawatan Menteri Pelajaran adalah perkara yang amat memalukan dan melanggar manifesto Buku Harapan. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments