Saturday, July 27, 2024
HomeLAPORAN KHASMana Pilihan Korang, Travel Dengan Kawan Atau Solo?

Mana Pilihan Korang, Travel Dengan Kawan Atau Solo?

Selepas berakhirnya Ramadan nanti, mesti awek dan mamat kaki travel dah merancang untuk melancong ke destinasi pilihan mereka di seluruh Malaysia. Lokasi yang menjadi tumpuan biasanya ialah pantai dan pulau. Tidak ketinggalan juga mesti ramai yang dah mula plan nak ke luar negara.

Kebetulan, dengan pentadbiran kerajaan baru Pakatan Harapan, orang yang dah kena blacklist PTPTN sudah boleh melancong ke luar negara. Jangan begitu, memang kerajaan dah tarik balik black list tu tapi hutang korang kena bayar.

Saya tidak mahu sentuh tentang itu, biasanya kaki travel ni suka travel secara berkumpulan ke atau sorang bak kata orang solo travel.

Bagi saya, saya suka travel sorang kalau dalam negara sebab boleh keputusan sendiri hendak pergi ke mana dan mahu makan apa? Kalau dengan kawan-kawan mesti yang galak berborak mesti paling lantang buat keputusan dan yang banyak berdiam diri akan ikut sahaja keputusan mereka.

Ada sahaja keinginan kumpulan yang dalam jumlah kecil mesti terpaksa memendam kemahuan hendak pergi ke lokasi tertentu. Tapi dari segi menghabiskan masa di lokasi tertentu seperti taman tema, memang seronoklah kalau dengan kawan-kawan. Bergelak ketawa dan gurau-gurau, sesi bahan membahan mesti paling best buat bersama-sama.

Sesekali, dalam hidup kita sebenarnya perlu sekali sekala kita travel berseorangan bak kata orang, menyendiri atau mengasingkan diri untuk kebaikan. Kita bersendiri duduk di tepi pantai atau di kawasan tanah tinggi.

Ada masa boleh beribadat solat hajat atau solat taubat sorang-sorang mendekatkan diri dengan Tuhan. Ada kemanisannya kalau travel sorang-sorang ni sebenarnya. Cuba buat sekali sekala, tapi mesti dapatkan kebenaran daripada orang tua terlebih dahulu kalau masih belajar lagi.

Kalau yang sudah biasa travel sorang-sorang kena jaga keselamatan dan jangan ingat korang begitu arif dan pandai jaga keselamatan diri. Jaga harta peribadi yang berharga dan kalau berlaku apa-apa jangan panik dan carilah pihak berkuasa kalau anda berada di luar negara.

Sumber: sepatahdua.my

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments