Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAJaket rekaan Nang Surya kini berwajah baru - Busana Penyampai Berita Buletin...

Jaket rekaan Nang Surya kini berwajah baru – Busana Penyampai Berita Buletin Utama

Bekas wartawan berita Stesen Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan nama TV3, Nik Suryani Megat Deraman yang dahulu kerap muncul di kaca TV menyampaikan lintas langsung berita kini menceburi dunia yang agak berbeza daripada dunia kewartawanan sebelum ini.

Beliau kini jadi pengusaha perniagaan busana wanita berasaskan batik dan songket, ada salun rambut dan juga menyediakan perkhidmatan solekan bernaung di bawah jenama Nang Surya House Of Beauty.

Nik Suryani mempunyai dua butik yang menjual busana rekaan istimewa batik dan songket di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di ibu negara dan di Jalan Pejabat di Kuala Terengganu.

Bermula 1 Jun lalu, Nang Surya memeterai kerjasama eksklusif dengan syarikat Media Prima Berhad sebagai penaja utama busana untuk penyampai berita Buletin Utama. Kerjasama itu merupakan antara usaha penjenamaan semula Media Prima untuk wajah-wajah baru pembaca berita stesen televisyen berkenaan.

Sudah sekian lama berita Buletin Utama menjadi madah rakyat Malaysia mendapat maklumat terkini perkembangan semasa dalam dan luar negara. Dari semasa ke semasa Media Prima perlu mengambil langkah menjenamakan semula Buletin Utama agar kekal diminati dan menjadi saluran utama warganegara Malaysia mendapat berita.

Memetik laporan Buletin Utama pada 15 Februari lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) Johan Ishak berkata untuk penyiaran berita Buletin Utama merekodkan 5.3 juta capaian penonton harian, ia trend peningkatan sejak suku pertama 2018. Pencapaian kukuh ini menunjukkan berita televisyen kekal sebagai pilihan popular di kalangan rakyat Malaysia.

Kini wajah jelita penyampai berita Buletin Utama akan menjadi lebih berseri apabila mereka menggayakan jaket dari Nang Surya yang memiliki corak dan rekaan yang amat eksklusif dan istimewa.

Pada 20 Jun lepas, penyampai Buletin Utama pada malam itu menggayakan jaket hitam Aline oleh Nang Surya yang menggunakan tema warna hitam yang sudah semestinya menawan.

Sulaman bunga-bunga kecil di jaket menambah seri kepada pembaca berita yang menggayakannya.

Pada 14 Jun, penyampai Buletin Utama Hazlin Hussain memakai jaket Calzedonia yang berwarna jingga atau dalam loghat Terengganu dipanggil warna celarr atau warna terang.


Jaket Calzedonia dari Nang Surya digayakan oleh Nik Suryani sendiri.

Jaket berkenaan amat sesuai untuk mereka wanita yang berani kerana ia menampilkan warna berani.

Selain menjual busana batik dan songket, Nik Suryani juga melalui Nang Surya menyediakan perkhidmatan sebagai Perunding Media yang menyediakan khidmat pengurusan acara dan pengurusan warga media untuk sebarang program.

Kalau anda hendak tahu, guru perniagaan online Sifufbads, Jamaluddin Bahari atau Sifu Jamal adalah klien khidmat perunding media Nang Surya.

Walaupun sudah meninggalkan TV3 sejak Disember 2014, Nik Suryani masih lagi sayangkan perkara berkaitan seni dan media sehinggalah beliau kini mengusahakan perniagaan berkaitan fesyen ini.

Nang Surya menaja jaket rekaan istimewa untuk para penyampai wanita Buletin Utama setiap kali siaran berita itu ke udara. Untuk mendapatkan jaket-jaket yang digayakan oleh penyampai berkenaan, anda boleh dapatkan di butik Nang Surya di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu.

Sumber: sepatahdua.my

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments