Friday, May 24, 2024
HomeBERITABandar terlalu miskin, Kamagasaki tidak disenarai berada dalam peta

Bandar terlalu miskin, Kamagasaki tidak disenarai berada dalam peta

Umum mengetahui Jepun adalah salah sebuah negara termaju di dunia dan memiliki persekitaran yang menakjubkan.

Namun di sebalik itu, tahukah anda sebuah bandar yang dikenali dengan nama Kamagasaki yang terletak di Osaka tidak disenaraikan dalam peta.

Memetik laporan sebuah portal berita Jepun, Japan Visitor, tindakan itu dilakukan kerana bandar Kamagasaki adalah sebuah bandar miskin dan pemimpin Osaka dipercayai enggan dunia tahu mengenai kewujudan bandar berkenaan.

Difahamkan, terdapat kemudahan pengangkutan awam seperti kereta api disediakan untuk ke Kamagasaki dalam masa yang singkat.

Namun, penduduk di bandar itu masih sukar menjana pendapatan sekalipun banyak peluang pekerjaan di Jepun.

Malah, mereka juga tidak tahu bagaimana nasib setiap hari sama ada boleh mendapatkan wang untuk kelangsungan hidup atau terpaksa beratur untuk mengambil makanan di dapur umum.

Beberapa gambar suasana di Kamagasaki menunjukkan gelandangan tidur dan mabuk di kaki lima.

Selain itu, ada juga gambar yang menunjukkan nilai persahabatan dan bagaimana penduduk bersama-sama melalui kehidupan yang getir.

Bekas gelandangan, Masharu Takezawa berkata, tiada wanita dan kanak-kanak dapat dilihat di Kamagasaki.

“Ini dunia lelaki,” kata Takezawa, seorang yang berjaya di Kamagasaki.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments