Malaysia sumbang bantuan peralatan perubatan kepada Palestin

0

Malaysia telah menghantar sumbangan berupa peralatan perubatan kepada rakyat negara Palestin kelmarin.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook Menteri Luar Negeri, @Hishamuddin Hussein, beliau berkata sumbangan ini adalah tindakan susulan hasil perbincangan di antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden Palestin, TYT Mahmoud Abbas.

Penghantaran dibuat melalui Jordan dengan menggunakan pesawat khas Air Asia.

Bantuan peralatan yang disumbangkan termasuk 1 juta unit topeng muka, 500,000 unit sarung tangan getah dan 500 unit pelindung muka.

Semoga sumbangan dari Malaysia ini sedikit sebanyak mampu membantu rakyat Palestin dalam memutuskan rantaian dan mengamalkan pencegahan virus #COVID19.

InsyaAllah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157626275034355&id=72613804354

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply