Sunday, June 23, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 88 pulih, 70 kes baharu dan satu kematian

COVID-19 : 88 pulih, 70 kes baharu dan satu kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes positif COVID-19 baharu pada hari ini (11 Mei) adalah sebanyak 70 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,726.

Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj pula adalah seramai 88 orang.

Setakat ini jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 5,113 kes.

Manakala pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,504 orang.

Seramai 20 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tujuh daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat satu kes kematian baharu pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita sebanyak 109 orang.

Adalah dinasihatkan orang ramai agar tidak mengambil kesempatan di atas kelonggaran PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan.

Kekalkan langkah pencegahan COVID-19 yang diamalkan sebelum ini.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Terkini #covid19malaysia 11 MeiKes sembuh= 88Jumlah sembuh= 5,113Kes positif= 70Jumlah positif= 6,726Kes kematian=…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 11 Mei 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments