Saturday, October 19, 2024
HomeBERITAMalaysia negara ke-18 teraman di dunia

Malaysia negara ke-18 teraman di dunia

Malaysia tersenarai dalam kedudukan ke-18 negara paling aman di dunia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2022 yang menjadi ukuran utama kedamaian global di dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berkongsi laporan GPI berkaitan di laman Facebook miliknya berkata semasa pentadbiran beliau, negara  tersenarai dalam kedudukan ke-18 negara paling aman di dunia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2022 yang menjadi ukuran utama kedamaian global di dunia.

“Laporan yang disediakan oleh Insitut Ekonomi dan Keamanan (IEP) membentangkan analisis yang dipacu data paling komprehensif mengenai petunjuk aliran keamanan, nilai ekonomi serta cara memupuk masyarakat yang aman,” tulis beliau.

Dilaporkan, GPI meliputi 99.7 peratus penduduk dunia dengan menggunakan 23 penunjuk kualitatif dan kuantitatif daripada sumber yang sangat dipercayai.

Data berkenaan mengukur aspek keamanan merentas tiga faktor utama iaitu tahap keselamatan masyarakat, perkembangan konflik domestik dan antarabangsa serta tahap ketenteraan.

GPI menggunakan indeks komposit yang mengukur kedamaian sesebuah negara pada skala satu hingga lima.

Semakin rendah markah yang dicatat, semakin aman negara tersebut.

– THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments