Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAMalaysia mahu cipta vaksin COVID-19 dengan kerjasama negara-negara luar

Malaysia mahu cipta vaksin COVID-19 dengan kerjasama negara-negara luar

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Khairy Jamaluddin dan Dato’ Seri Dr. Adham Baba hari ini mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan menghasilkan vaksin COVID-19 dengan kerjasama negara-negara luar.

Menteri Luar Negeri berkata terdapat beberapa negara yang sedang dalam proses penghasilan perubatan dan vaksin serta menyatakan hasrat ingin berkerjasama dengan Malaysia.

World Health Organization (WHO) juga melaporkan telah membangunkan 70 vaksin COVID-19 setakat ini dan sedang berada tahap penilaian klinikal.

Selain itu, beberapa negara turut berkongsi kepakaran perubatan yang menyatakan “Hydroxychloroquine (HCQ)” dan Anti Malaria sesuai diguna pakai untuk merawat COVID-19.

Menerusi hubungan baik Malaysia bersama negara-negara luar bagi peringkat pertama negara-negara luar bersetuju untuk membantu membekalkan beberapa jenis perubatan kepada Malaysia, antaranya Bosnia bersetuju untuk membekalkan Hydroxychloroquine (HCQ) kepada Malaysia berdasarkan perbualan yang telah diadakan bersama Menteri Luar Bosnia pada 14 April lalu.

Bahkan, India pula akan membantu menerusi perkhidmatan eksport bagi ubat Hydroxychloroquine (HCQ) kepada Malaysia serta Turkey bersetuju supaya Menteri Kesihatan dari kedua-dua negara untuk saling berhubung untuk memperkasakan lagi kerjasama ini.

Menurutnya bagi mengenal pasti akan kerjasama penghasilan vaksin ini beberapa syarikat dari China bersetuju untuk menjalankan ujian makmal dan pencubaan klinikal bersama Malaysia.

Negara Russia juga menyatakan hasrat bersedia untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan Malaysia sebagai platform untuk kerjasama saintifik.

Dalam pada itu, Singapura akan berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi penghasilan Biotech Research Equipment.

Manakala, Malaysia juga difahamkan Republik Korea dan Amerika Syarikat kini dalam proses penghasilan anti-viral vaksin melalui syarikat-syarikat farmasi yang telah dikenal pasti serta penghasilan vaksin dari United Kingdom dan Germany juga sedang berada di peringkat pengujian klinikal.

Bagi usaha memerangi pandemik COVID-19, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengenal pasti negara-negara yang mempunyai penyelidikan saintifik dan pembangunan vaksin yang terbaik.

Melalui hubungan diplomatik dengan negara luar, beliau turut akan memastikan Malaysia diberi keutamaan untuk menerima vaksin dan perubatan ini.

[LIVE] SIDANG MEDIA KERJASAMA MOSTI-KEMENTERIAN LUAR BAGI MENDAPATKAN CAPAIAN DAN BEKALAN VAKSIN COVID-19 MENERUSI PENDEKATAN HUBUNGAN DIPLOMATIK#mosti

Dikirim oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Selasa, 21 April 2020

Bersama YB Khairy Jamaluddin dan YB Datuk Seri Dr. Adham Baba sebelum kami mulakan mesyuarat bersama melibatkan Wisma…

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Selasa, 21 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments